Wednesday, 13 July 2011
kenangan tinggal kenangan
Bila teringat kembali peristiwa 3 tahun lalu amat sakit hatiku bagai dicarik-carik. Siapa sangka sesuatu yg disangka akan menjadi memori indah menjadi sesuatu memori yang tidak dapat dilupakan oleh semua ahli keluargaku. Pada 13 Julai 2008 semua keluargaku berseronok pergi berjalan-jalan kerana hari itu ayahku mendapat cuti. Tapi segalanya berubah apabila kami pergi berkelah di tapi pantai. Arwah adikku lemat di tengah lautan yg luas. Kejadian itu terjadi dihadapan mataku sendiri. Ayahku cuba untuk menyelamatkannya tapi gagal. Yg paling menyedihkan aku sendiri melihat arwah adikku bercakap dgn ayahku meminta tolong selamatkannya. Tiga kali dia tenggelam timbul dan akhirnya dia sempat melambai tangan dan hilang dalam pandangan. Tu je yg mampu ku cerita kerana sedih bila aku mengimbau kembali kenangan itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment